Hadis dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu didatangkan kepada baginda SAW, Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): "Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." (Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Saturday, August 31, 2019

Medical Team at Kashmir

Tourist Medical Team from Malaysia at Gulmarg , Kashmir

From Left: Staff Nurse (Nelly Hamdin), Cook (Nurziza Misnon aka Cik Ogy), Medical Officer (me ) and Dentist (Nashitah)

Thursday, August 1, 2019

Cycling for Health

Any form of exercise - at least 30minutes 3x per week

Thursday, July 18, 2019

Ustaz Abdullah Mahmud Fitnah Doktor - Video MP4

Ulasan Dr.  Kamilin Jamilin:

Saya ingin mengulas tentang video yang tersebar ini, yang saya lihat sangat penting untuk diberi penjelasan:

1. Jangan sesekali menggunakan agama atau pentas agama atau menggambarkan Islam sebagai anti-sains dan perubatan moden.
Sekalipun kita mahir ilmu agama, namun kita tetap orang awam dalam ilmu perubatan.
Panduan agama yang perlu kita pegang ialah firman Allah SWT:
فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
“Tanyalah mereka yang lebih berkelayakan (dari kalangan ahlinya) sekiranya kalian tidak mengetahui” [al-Nahl: 43].
Pepatah ulama:
من تكلّم في غير فنّه أتى بالعجائب!
“Barangsiapa yang bercakap (suatu perkara) yang bukan bidangnya, nescaya banyak keanehan yang dibawanya!”.

2. Membuat dakwaan bahawa ubat ini semua tipu merupakan tuduhan semberono yang tiada fakta atau bukti.
Jahilkah ribuan kalau bukan jutaan para saintis, pakar kimia atau pakar perubatan di dunia ini baik muslim atau bukan muslim sehingga tidak menyedari ianya dusta belaka??
Adakah selama ini mereka tergamak menipu sehingga sanggup bermain dengan nyawa manusia??

3. Menegah orang dari mengambil ubat merupakan saranan yang sangat bahaya dan tidak bertanggungjawab!
Kerana seruan ini, ramai yang sanggup merisikokan kesihatan dan nyawa sendiri kerana beranganggapan perubatan moden hari ini semua merupakan konspirasi barat dan acuan teknologi “Dajjal”!

4. Kata ustaz ini: “Doktor tau, tapi doktor terikat dengan perjanjian, dengan etika perkhidmatan dia…Kalau doktor tak buat macam tu (suruh orang makan ubat), apa kerja dia?”.
Saya kira ini merupakan kenyataan tidak sensitif yang telah menghina semua para doktor yang sanggup berkorban masa dan tenaga, bersengkang mata serta bertungkus lumus membantu demi membaiki kualiti hidup jutaan manusia.
Betapa ramai yang sangat tertekan berkhidmat sebagai doktor!
Kenyataan ini seolah-olah menggambarkan bahawa kerjaya bidang perubatan ini dipenuhi dengan sikap khianat dan tidak amanah, sehingga sanggup membahayakan nyawa manusia demi kerjaya peribadi.

5. Tahukah kita, dahulu ilmu kimia pernah diiktiraf sebagai ilmu orang Islam kerana begitu besar sumbangan ilmuwan Islam dalam bidang ini yang menjadi perintis pelbagai kaedah dan teori?
Kita memiliki ramai tokoh perubatan, kimia dan sains seperti Ibn Bajah (pakar perubatan), Abu Bakr al-Razi (pakar perubatan), al-Zahrawi (pakar pembedahan) dan ramai lagi yang menunjukkan kemajuan umat Islam seiring dengan ilmu Sains.
Sekolah perubatan yang pertama di Eropah juga diasaskan oleh seorang muslim.

6. Sekalipun kini umat Islam bukan lagi peneraju dalam bidang sains perubatan, namun kita masih lagi memiliki ribuan pakar muslim dari seluruh dunia yang aktif mengkaji dan menyumbang dalam bidang ini.
Adakah mereka semua ini tidak menyedari “penipuan mutawatir” ini??
Adakah mereka semua tiada amanah akedemik dan kredibiliti diri sehingga sanggup bersekongkol menutup “kebenaran” ini??
Adakah mereka semua begitu kejam sehingga mengutamakan etika kerja peribadi dari nyawa orang lain termasuk keluarga sendiri??

7. Islam tidak pernah menolak perubatan moden yang juga sebahagian dari tuntutan Islam.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda: “Berubatlah!” [riwayat Abu Dawud] secara umum yang menunjukkan apa sahaja kaedah perubatan diharuskan dan dituntut selagi tidak melanggar piawaian yang ditetapkan oleh syarak.
Nabi SAW juga berubat dengan kaedah terbaik dan termoden pada zamannya.
Baik perubatan moden atau tradisional, kesemuanya merupakan ikhtiar dari pengalaman dan uji kaji dalam menyediakan rawatan terbaik bagi suatu penyakit.
Justeru Nabi SAW bersabda: “Jika mengena penawar itu pada penyakitnya, akan sembuh dengan izin Allah” [riwayat Muslim].
Hadis ini cukup jelas menggalakkan inovasi berterusan dalam mencari penawar setiap penyakit. Tidak dinamakan sebagai inovasi jika tiada unsur sentiasa memperbaiki kekurangan yang wujud.
Begitulah sifat mana-mana ubat.

Ini yang telah saya jelaskan dalam ucapan pembentangan saya di Konvensyen Farmaseutikal Halal Kebangsaan 2019 di Kelantan baru-baru ini.

-Dr. Kamilin Jamilin-

<---------------------------------------------------------------------------------------------------->
Asas Penetapan Hukum & Ijtihad Dalam Isu Perubatan Semasa - Konvensyen Halal Farmaseutikal
Kebangsaan 2019 (2  Julai 2019, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan  )

Biodta:
DR. AHMAD KAMIL BIN JAMILIN
Lecturer
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN



Thursday, June 27, 2019

Borang B - Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Wednesday, January 10, 2018

Cycling Anatomy

Wednesday, November 2, 2016

BENGKEL “BASIC ABDOMINAL ULTRASOUND”

BENGKEL “BASIC ABDOMINAL ULTRASOUND” BAGI PEGAWAI PERUBATAN PERINGKAT PAHANG TENGAH DAN BARAT PADA 1 & 2 NOVEMBER 2016

Wednesday, October 8, 2014

 
KLINIK SULAIMAN RAUB™ © ,CopyRight @ Dr.Redzlan Abdul Rahman - All Rights Reserved.